“Palestin Adalah Permasalahan Iman dan Aqidah”

Simpang Renggam, 11 Jun – Haluan Johor telah mengadakan majlis memperingati keganasan Israel terhadap para relawan yang menjayakan misi “Life Line 4 Gaza’ yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan terbesar ke Gaza. Seramai 5 orang wakil dari HALUAN Malaysia yang diketuai oleh Hj Noorazman Shamsudin, pengerusi HALUANPalestin telah menaiki kapal Mavi Marmara bersama 6 kapal yang lain menuju ke Gaza dari pelabuhan Turki.

Namun, pada 31 Mei, konvoi tersebut telah di serang oleh komando Israel di perairan antarabangsa. Di dalam peristiwa berdarah tersebut, 9 orang relawan dari Turki dan Amerika Syarikat telah terkorban. Ekoran dari itu Israel mendapat kutukan dan kecaman dari masyarakat antarabangsa samada dari masyarakat Islam atau bukan Islam.

Haluan Johor telah menjemput Dr Mohd Arba’ai B Shawal iaitu salah seorang relawan yang menaiki kapal Mavi Marmara dalam rangka untuk berkongsi pengalaman beliau dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Dr Baharuddin Suri. Seramai lebih kurang 300 orang ahli Haluan dan masyarakat setempat menghadiri majlis tersebut.

“Palestin adalah milik semua umat Islam dimanapun mereka berada, di timur atau di barat, lelaki atau wanita, Palestin adalah masalah iman dan aqidah  dan ia bukan hanya masalah kemanusiaan. Para sahabat begitu rindukan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Bizantium begitu juga para tabiit dan tabiieen. Inilah antara perkara yang memotivasikan kami untuk meneruskan perjalanan ke Gaza dengan Mavi Marmara walaupun berdepan dengan risiko sebulan dilaut atau tewas ditangan tentera Israel seperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar dari Israel” Jelas Dr Arbaai didalam ceramah beliau.

Bila ditanya apakah perasaan Dr Arba’ai bila mengetahui Israel akan menggunakan pelbagai usaha hatta menhantar tentera komando mereka untuk menghalang kemaraan Mavi Marmara dan lima kapal yang lain, beliau menegaskan bahawa sifat semula jadi manusia akan bimbang, risau serta takut bila mengetahui akan ada bahaya kematian dihadapan mereka tetapi dengan tazkirah yang selalu dibuat diantara sesama ahli kumpulan, bersolat sunat, berzikir dan sering membaca Al-Quran terutamanya ayat-ayat dalam surah Ali Imran memberikan satu kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan misi tersebut

Malam itu juga diserikan dengan bacaan puisi yang menusuk jiwa dari saudara Hilal Asyraf yang bertajuk ‘Di Bawah Hujan Peluru’.

Prof Dr Abd Hakim Muhammad sebagai YDP Haluan Johor juga telah naik ke pentas untuk membentangkan projek ‘Kompleks Pendidikan Haluan Johor’ seterusnya melancarkan tabung kutipan pembinaan kompleks dan tabung Haluan. Majlis bersurai pada jam 11.30 malam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts