1 cedera, 17 ditangkap di Tebing Barat dan al-Quds

RAMALLAH, 21 Ogos 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menangkap 17 penduduk termasuk kanak-kanak dan mencederakan seorang yang lain dengan tembakan peluru hidup dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Kenyataan Persatuan Tahanan Palestin menyatakan seramai 10 orang ditangkap di al-Quds Timur. Mereka adalah Muhammad Ashur Ubeid, Ali Ubeid, Muhammad Yusif Atiyah, Ali Uweisat, Faris Uweisat, Ahmad Uweisat, Adnan Elian, Mujahid Abdo, Obeida Abu Duhaym, dan Mahmoud Uweisat.

Tiga yang lain ditangkap di utara Jenin, iaitu Muhammad Fadi al-Sadi, 16, Ward Abd al-Hadi, and Diya Mazin Hattub.

Dalam serbuan di kem pelarian Ayda di selatan Beit Lahm, tentera Zionis menahan kanak-kanak Yazan al-Kurdi, 12.

Muath Abd al-Salam al-Aydi, 28, ditangkap di kem pelarian al-Fare’a berdekatan kota Tubas, sehingga mencetus pertempuran yang mencederakan Mahmoud Ali Walweel, 24, apabila ditembak dengan peluru hidup di bahagian dada dan tangan.

Di selatan al-Khalil, Muath Abd al-Salam al-Aydi, 28, ditangkap di perkampungan al-Dhahiriya manakala Hassan Adam Khalil, 20, ditangkap di perkampungan Beit Ummar.

Sepanjang tahun 2016, tentera Zionis menyerbu masuk kawasan penduduk Palestin di Tebing Barat pada purata 78 kali setiap minggu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts