1 remaja maut, 3 cedera ditembak tentera Zionis di Ramallah

RAMALLAH, 23 Mac 2017 (Maan) — Remaja Palestin Muhammad Mahmoud Ibrahim al-Hattab, 17, meninggal dunia dan tiga yang lain cedera parah setelah kenderaan yang mereka naiki ditembak oleh tentera penjajah Zionis di laluan masuk ke kem perlarian al-Jalazun berdekatan Ramallah.

Semua mangsa yang berasal dari kem al-Jalazun itu telah dikejarkan ke Hospital Ramallah di mana Mohammad disahkan meninggal dunia akibat tembakan di bahagian kepala dan dada.

Rakannya Jassem Muhammed Nakhla, 18, cedera ditembak di bahagian kepala dan kaki, Muhammad Hattab, 18, ditembak di bahagian erut, manakala Muhammed Musa Nakhla, 18, ditembak di bahagian kaki dan bahu. Semuanya berada dalam keadaan kritikal.

Tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka dari sebuah menara pemerhati tentera berdekatan lalun masuk kem.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts