GAZA, 23 Jan 2019 — Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan empat lagi tercedera apabila pasukan kereta kebal tentera penjajah Zionis menyerang kem pelarian al-Bureij di kawasan sempadan timur Gaza malam tadi.

Jet-jet F16 tentera udara Zionis turut membuat sekurang-kurangnya empat serangan ke atas sebuah pengkalan pejuang Palestin di kota Beit Lahia, utara Gaza.

Kementerian Kesihatan mengesahkan dua daripada mangsa yang tercedera berada dalam keadaan kritikal. Mereka dikejarkan ke Hospital al-Shifa.

Mangsa yang terbunuh adalah Mahmoud al-‘Abed al-Nabahin, 24.

Terdahulu, seorang anggota tentera Zionis cedera ringan ditembak berdekatan kawasan pagar sempadan di selatan Gaza.

(PIC, IMEMC, PNN, MEMO)

SHARE