10 ditangkap dalam operasi tentera Zionis di Tebing Barat

AL-KHALIL, 2 Mei 2016 (Maan) — Tentera Zionis menangkap 10 orang dan merampas sebuah kereta penduduk Palestin dalam operasi di seluruh Tebing Barat awal pagi tadi.

Di al-Khalil, tentera penjajah menyerang masuk perkampungan Surif dan menangkap Jamil Ghneimat setelah menggeledah rumah ketika keluarganya sedang tidur.

Mereka turut menyerang perkampungan Deir Samit dan menangkap Shadi Riyad al-Buroub.

Di perkampungan al-Shuyukh, tentera Zionis menggeledah sebuah bangunan apartmen empat tingkat untuk mencari Walid Mahmoud al-Hasasna, 41, namun gagal menemui beliau. Mereka bagaimanapun menangkap Muhammad Abd al-Rahim al-Halayka dan merampas sebuah kenderaan beliau.

Lima penduduk Palestin yang lain turut ditahan di al-Khalil.

Manakala di Nablus, tentera Zionis menangkap Basel Hassan Marshoud di kem pelarian Balata.

Dalam insiden lain, aktivis hak asasi manusia dari al-Quds Hassan al-Safdi, 25, ditangkap di pintu lintasan Allenby di sempadan Jordan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts