GAZA, 12 Mac 2018 — Tentera laut Zionis pagi tadi melepaskan tembakan ke arah 10 nelayan Palestin yang sedang belayar dalam zon kurang dari empat batu nautikal dari pantai Rafah di selatan Gaza, sebelum menculik mereka.

Mereka dipaksa menanggalkan pakaian dan berenang ke arah bot tentera laut, sebelum ditangkap dan dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Mangsa-mangsa dikenali sebagai Muhammad Adel Miqdad, Ibrahim Adel Miqdad, Ahmad Ziad al-Bardawil, Muhammad Farhat Ashur, Alaa Ibrahim Miqdad, Muhammad Numan Miqdad, Muhammad Ibrahim Miqdad, Amin Saada Jumaa, Adel Ibrahim Miqdad dan Ahmad Muhammad Tabasheh. Sebuah bot milik nelayan Adel Miqdad turut dirampas.

Insiden tersebut merupakan kejadian pertama di kawasan selatan wilayah terkepung itu sejak awal tahun ini.

(Maan, PIC, IMEMC)

SHARE