10 nelayan Gaza diculik

GAZA, 16 Mei 2016 (IMEMC) — Beberapa buah bot tentera laut Zionis menyerang bot-bot nelayan Palestin di perairan al-Waha di utara Gaza petang semalam. 10 nelayan diculik dan dua buah bot mereka dirampas.

Dianggarkan seramai 3,500 penduduk Gaza bergantung kepada usaha menangkap ikan di laut, sekaligus memberi peluang pekerjaan bagi menampung sara hidup lebih 70,000 penduduk.

Sejak awal tahun ini, 47 kes serangan tentera Zionis terhadap nelayan dilaporkan. Lima nelayan tercedera dan 35 orang daripada mereka diculik. Sembilan buah bot telah dirampas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts