DAMASKUS, 20 Mei 2018 — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) melaporkan seramai 10 pelarian Palestin, termasuk lima orang dari keluarga yang sama, terbunuh dalam serangan bom di Syria.

Jet-jet perang tentera rejim Bashar dan Rusia melancarkan serangan udara tanpa henti ke atas tempat-tempat berlindung penduduk awam di Yarmouk.

Pelarian Palestin yang terperangkap di Yarmouk berada dalam krisis kemanusiaan yang meruncing sejak tercetus konflik di Syria pada tahun 2011. Keadaan menjadi lebih tragik apabila bantuan ambulan dan pertahanan awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.

Beberapa orang pelarian meninggal dunia kerana tidak mendapat bantuan, manakala nasib puluhan yang lain tidak dapat dipastikan kerana terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Jumaat lalu, PBB menyatakan kebimbangan tentang keselamatan pelarian Palestin di kem Yarmouk dan kawasan Hajar al-Aswad di selatan Damaskus.

(PIC)

SHARE