10 penduduk kem Qalandiya cedera diserang tentera Zionis

AL-QUDS, 18 Jan 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin cedera apabila tentera penjajah Zionis menyerbu masuk kem Qalandiya di utara al-Quds dan memusnahkan struktur binaan di situ awal pagi tadi.

Pertempuran tercetus ketika pasukan tentera bersama dua buah buldozer serta jip polis menyerang masuk kawasan kem, di mana tentera melepaskan tembakan secara rambang dan merobohkan 11 buah kedai.

Tentera turut melepaskan tembakan gas pemedih mata dari atas bumbung rumah penduduk.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts