AL-KHALIL, 15 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin setelah memecah masuk rumah-rumah mereka di beberapa daerah Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Dalam kejadian di Tulkarem, tentera Zionis menculik Mo’men Fathi Qar’awi, 24, dari rumahnya di kem pelarian Nur Shams. Manakala tiga lagi penduduk Samer Abdul-Karim ‘Oweiss, Rami Qotnat, dan bekas tahanan Mahdi Nour Amarna diculik dari kota Tulkarem.

Tentera turut menculik Shadi Bassam Abu Shareb, 30, dan Taher Nofal, 20, dari rumah-rumah mereka di Qalqilia.

Tentera Zionis memasang sekatan-sekatan jalan di beberapa daerah Tebing Barat, terutamanya di al-Khalil, serta menyekat dan memeriksa kenderaan. Mereka memeriksa kad pengenalan sambil menginterogasi penduduk.

(IMEMC)

SHARE