RAMALLAH, 15 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 orang dalam operasi memburu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang awal pagi tadi.

Dalam kejadian di Beit Lahm, dua pemuda Palestin telah diculik di mana salah seorang daripadanya diheret dari dalam sebuah kenderaan di laluan masuk bandar Nahalin.

Di Qalqilya, dua penduduk diculik dari rumah mereka dan seorang lagi di laluan masuk ke Izbat at-Tabib. Mereka disahkan sebagai Mohamed Dawoud, Mohamed al-Turkey dan Hamad Tabib.

Sementara di Nablus, tentera Zionis menculik bekas tahanan Sheikh Abdul-Kareem Azemdi sebuah sekatan jalan di bandar Sebastia, kemudian mengheret beliau ke Hospital Soroka. Seorang lagi bekas tahanan, Mahmoud al-Madani, di culik berdekatan Ramallah. Beliau tinggal di kem pelarian Askar di Nablus.

Di Baitulmaqdis pula, tentera Zionis memecah masuk rumah keluarga Jarrah Naser dan menangkap anak lelakinya Kalil, 20, selepas menyerang ahli-ahli keluarga. Jarrah sedang merengkok dalam penjara Zionis dalam keadaan berkerusi roda. Dua hari lalu, adiknya Isam ditangkap bersama bapanya dari rumah mereka.

Tentera Zionis turut memecah masuk rumah-rumah di kejiranan Baten al-Hawa di daerah Silwan, selatan Masjid al-Aqsa. Mereka menculik dua penduduk, Yazan dan Louay al-Rajbi.

(PIC)

SHARE