10 penduduk Palestin termasuk Ahli Parlimen diculik

RAMALLAH, 6 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin dari Tebing Barat, termasuk seorang Ahli Parlimen, sepanjang awal pagi.

Ahli Parlimen Ibrahim Dahbour, 53, diculik selepas tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumahnya di bandar Arraba, Jenin. Ibrahim baru dibebaskan pada bulan Mac tahun lalu, setelah dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan selama 18 bulan. Sebelumnya, beliau pernah merengkok dalam penjara Zionis selama lebih lapan tahun.

Tentera Zionis turut menggempur bandar Beit Ummar di al-Khalil dan menculik dua pemuda, Zaid al-Allami, 18, dan Omar al-Sulaibi, 24.

Sementara di Beit Lahm, pasukan tentera Zionis menculik Ahmad Kattana dari rumahnya dan mengarahkan Mujahed Ali al-Sheikh dan Bahaa Salah

supaya hadir ke pejabat perisikan Zionis untuk diinterogasi.

Di Nablus, tentera Zionis menyerbu kem pelarian Balata dan menculik Khabib Salman, 23, dari rumah keluarganya. Mereka turut memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah penduduk di bandar Qaffin di Tulkarem.

Sehingga kini, sembilan orang Ahli Parlimen Palestin masih merengkok dalam penjara Zionis.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts