10 penduduk Palestin termasuk ibu tahanan diculik

RAMALLAH, 13 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 10 penduduk Palestin, termasuk ibu kepada seorang tahanan, dari rumah mereka di Tebing Barat dan al-Quds malam tadi.

Ibu bersama abang kepada Omar al-Abed, yang melakukan serangan menikam pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Halamish 21 Julai lalu, diculik setelah tentera menyerbu masuk perkampungan Kobar di Ramallah.

Seramai lapan lagi penduduk Palestin diculik dari bandar Bir Nabala dan Biddu di wilayah al-Quds, bandar Taqua di Beit Lahm dan bandar Beit Ula di al-Khalil.

Seorang pemandu diculik di persimpangan Reihan berdekatan Jenin apabila tentera Zionis mendakwa telah menemui serta merampas sepucuk senapang M16 dalam keretanya. Tentera mendakwa turut menemui dua lagi senjata dalam serbuan di bandar as-Zawiya di barat Salfit, tanpa memberi sebarang maklumat lanjut.

Dalam kejadian di utara Nablus, tentera Zionis menyerbu tiga buah bandar dan memasang sekatan jalan berdekatan kem tentera Shafi Shomron di bandar Deir Sharaf.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts