10 penduduk Palestin termasuk wanita ditangkap

AL-QUDS, 6 Dis 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap 10 orang penduduk Palestin termasuk bekas tahanan dan wanita dari wilayah al-Quds dan Tebing Barat dalam operasi awal pagi tadi.

Pihak tentera mendakwa semua mereka yang ditangkap adalah orang yang diburu kerana terlibat dalam serangan anti-penjajahan.

Sekumpulan besar tentera Zionis lengkap dengan pasukan anjing menyerbu masuk bandar Nablus dan memecah masuk serta menggeledah rumah dan bangunan kedai. Empat orang ditangkap, termasuk seorang wanita dan dua orang anggota pergerakan Hamas. Dua lagi aktivis Hamas ditangkap di perkampungan Bado di timur laut al-Quds.

Dua yang lain ditangkap di kem pelarian al-Doheisheh dan Aida di selatan Beit Lahm manakala dua lagi pemuda termasuk seorang bekas tahanan ditangkap dari al-Khalil.

Bekas tahanan Rezeq Rajoub ditangkap semula hanya seminggu selepas dibebaskan, di mana beliau telah ditahan selama lebih dua tahun di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan. Rezeq pernah merengkok selama 23 tahun dalam penjara Zionis.

Beberapa lagi pemuda diarah hadir ke pusat soal siasat di bandar Dura dan Idna di wilayah al-Khalil.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts