10 penduduk Tebing Barat diculik

RAMALLAH, 12 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak di Tebing Barat malam tadi.

Dua orang kanak-kanak, Yazen Mahmoud Tqaqqa, 15, dan Mufid Mohammed Tqaqqa, 14, diculik dari bandar Beit Fajr di wilayah Beit Lahm.

Sementera empat lagi penduduk diculik dari perkampungan Qatna dan Badu di utara Baitulmaqdis, iaitu Baraa Riad, Mujahid Harb al-Dali, Qasim Jamal Humaidan dan Bara Riyad.

Seorang pelajar dari Sekolah al-Aqsa di perkarangan Masjid al-Aqsa turut diculik dan dilarikan ke lokasi rahsia.

Tentera Zionis turut menculik tiga lagi panduduk, iaitu Omar Ladadwa, Yousef Alian, dan Zuhdi Khawaja dari Ramallah.

Di Tulkarem, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah bekas tahanan Salaheddin Awni Abdul-Ghani sebelum menculik beliau.

Dalam kejadian di al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah di beberapa kawasan kejiranan, dan mengarahkan Midhat al-Juneidi hadir ke pengkalan tenetra Etzion untuk disoal siasat.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts