10 tahanan Palestin termasuk dua-beradik mogok lapar dalam penjara Zionis

NABLUS, 24 Jun 2019 — Jawatankuasa Tahanan Palestin hari ini melaporkan 10 tahanan Palestin meneruskan mogok lapar dalam penjara bagi membantah tahanan tanpa pendakwaan serta keadaan kurungan yang sangat teruk dalam penjara Zionis.

Tahanan Ihsan Othman, 21, dan Ja’far Izz el-Din, 48, memulakan mogok enam hari lalu, membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan dan pengadila ke atas mereka. Sementara tahanan Mahmoud al-Fasfous, 29, Kayed al-Fasfous, 30, Ghadanfar Abu Atwan, 26, Abdul-Aziz Sweiti, 30, Saed al-Nammoura, 27, dan Wael Rabei, 30, memulakan mogok semalam atas alasan yang sama.

Manakala Noureddin Shahrouri mogok sejak sembilan hari lalu, kerana pihak penjara tidak membenarkan peguam dan keluarganya membuat lawatan sejak ditangkap pada 31 Mei lalu. Adiknya Mohyeddin terus mogok lapar apabila tentera Zionis menahan beliau dua hari lalu.

Dua-beradik yang berasal dari kota Nablus itu sedang dikurung di pusat tahanan dan interogasi Petah Tikva, timur Tel Aviv.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts