100 keluarga Gaza kehilangan tempat berteduh

GENEVA, 15 Nov 2018 — Kenyataan Euro-Mediterranean Human Rights Monitor (Euro-Med) hari ini menyebut bahawa serangan tentera Zionis ke atas Gaza telah menyebabkan 100 keluarga kehilangan tempat berteduh.

Seramai tujuh orang terbunuh dan 26 yang lain tercedera, termasuk sekurang-kurangnya 10 orang awam, dalam serangan selama dua hari itu.

Puluhan buah bangunan kedai turut rosak.

Euro-Med mendakwa serangan ke atas ibu pejabat TV al-Aqsa menunjukkan kebimbangan rejim penjajah terhadap pendedahan tentang jenayah tentera mereka. Sedangkan di awal serangan, jurucakap rejim Zionis, Ofir Gendelman, menyiarkan sebuah poster yang memaparkan gambar kemusnahan bangunan awam dalam serangan pada tahun 2012 dan 2014, tanpa sedikitpun kesal dengan jenayah mereka.

Pertubuhan has asasi itu menggesa PBB menghantar misi ke lapangan bagi memantau keadaan dan pencabulan rejim Zionis, serta memberi tekanan supaya pihak rejim menghentikan operasi dan sekatan ke atas Gaza.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts