RAMALLAH, 21 Jan 2019 — Pasukan khas tentera Zionis menggempur penjara Ofer dan menyerang semua tahanan Palestin yang dikurung di situ dengan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.

Serangan pasukan khas Metsada itu menyebabkan lebih 100 tahanan tercedera. Mereka turut merosakkan barangan milik para tahanan.

Kejadian tersebut merupakan serbuan kali kedua di penjara Ofer sepanjang minggu ini. Sekitar 1,200 tahanan Palestin dikurung dalam penjara Ofer, yang terletak di barat daya Ramallah.

(PIC)

SHARE