100 Yahudi ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 11 Apr 2018 — Segerombolan 90 orang pendatang dan pelajar agama Yahudi bersama 10 orang pegawai perisik Zionis menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghreba pagi tadi.

Polis Zionis menutup Pintu al-Maghreba pada jam 11:00 pagi, selepas para penceroboh selesai berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu.

Ketika berada di perkarangan al-Aqsa, mereka cuba melakukan ritual Talmud dan mendengar syarahan tentang Kuil Haikal yang didakwa pernah berdiri di situ.

Isnin lalu, segerombolan Yahudi mengibar bendera Zionis selama empat jam di perkarangan Masjid al-Aqsa, bagi merayakan ulangtahun ke-54 penjajahan mereka ke atas tapak suci umat Islam itu.

(Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts