1,000 dibenarkan lintasi pintu Rafah pada hari ketiga

GAZA, 17 Nov 2016 (PIC) — Kurang 1,000 orang dibenarkan melintasi kedua-dua arah pintu Rafah pada hari ketiga pintu sempadan itu dibuka semalam.

Tujuh buah bas dan beberapa buah ambulan membawa 668 penduduk Gaza memasuki wilayah Mesir, sebahagian besarnya adalah pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara. Manakala seramai 324 orang yang terkandas di Mesir berjaya memasuki Gaza.

Bagaimanapun pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan 55 penduduk Gaza melintas ke Mesir atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan. Pada dua hari pertama dibuka, seramai 74 oang yang lain turut dihalang melintas.

Pintu Rafah dibuka selama lima hari berturut-turut sehingga Jumaat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts