1,000 Kanak-Kanak Gaza Cacat Kekal Akibat Serangan 2014

GAZA, 27 Ogos 2015 (Worldbulletin) — Lebih 1,000 kanak-kanak Gaza menanggung kecacatan kekal akibat kecederaan dalam serangan tentera Zionis pada musim panas tahun lalu.

Laporan pertubuhan Defense for Children International (DCI) yang diterbitkan Selasa lalu menyebut bahawa serangan selama 51 hari itu telah mencederakan lebih 11,000 penduduk. Menurut DCI lagi, selepas setahun berakhirnya serangan ribuan mangsa terpaksa terus menanggung kesakitan dan berhadapan dengan masalah trauma psikologi.

DCI mengemukakan bukti bahawa tidak ada tempat yang selamat bagi kanak-kanak Gaza selama tempoh serangan tersebut. Mereka dibunuh ketika berlindung di rumah-rumah mereka sendiri dan juga sekolah, dan mereka diserang dengan bom yang berkuasa sangat tinggi. Bahkan mereka juga dibunuh di jalan-jalan ketika melarikan diri bersama keluarga mereka.

Hampir 68% kanak-kanak yang dibunuh adalah berumur 12 tahun dan ke bawah.

Laporan bertajuk “Operation Protective Edge: A war waged on Gaza’s Children” itu mendakwa bahawa tentera Zionis telah melakukan jenayah perang dengan bukti-bukti yang sangat jelas.

Gaza mempunyai penduduk seramai 1.9 juta orang dan merupakan wilayah yang paling padat di dunia. Pada 7 Julai 2014, tentera Zionis melancarkan serangan besar-besaran sehingga mengorbankan 2,147 penduduk termasuk 578 orang kanak-kanak, 489 orang wanita dan 102 orang warga emas.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih 11,000 orang telah tercedera di mana 3,303 daripadanya adalah kanak-kanak.

Laporan Operation Protective Edge: A war waged on Gaza’s ChildrenĀ boleh dimuat turun di sini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts