10,000 Arab tinggalkan Israel setiap tahun

Sikap masyarakat Yahudi yang tidak bergaul dengan warga bangsa asing, khususnya bangsa Arab Palestin, membuatkan sebahagian warga Arab yang menetap Israel meninggalkan negara haram tersebut dan berhijrah ke negara lain.

Seorang wanita Arab yang rumahnya dirampas dan diduduki pendatang Yahudi berhadapan dengan pemuda-pemuda Yahudi di Sheikh Jarrah
Seorang wanita Arab yang rumahnya dirampas dan diduduki pendatang Yahudi berhadapan dengan pemuda-pemuda Yahudi di Sheikh Jarrah

Israel tidak hanya diduduki oleh bangsa Yahudi sahaja, malahan turut didiami oleh keturunan Arab dan bangsa-bangsa dari Eropah. Namun oleh kerana banyaknya tindakan-tindakan diskriminasi yang dikenakan terhadap kaum bukan Yahudi, negara itu kini semakin kehilangan warga keturunan Arab.

Yakub Feitelson, seorang pengkaji demografi di Institut Strategik Zionis mengatakan bahawa data Pentadbiran Awam menunjukkan antara 10, 000 hingga 20, 000 warga Israel keturunan Arab yang kebanyakannya pemuda meninggalkan Israel setiap tahun.

Pada tahun 2007 misalnya, seramai 50, 000 orang Arab berpindah ke negara-negara lain yang dianggap lebih selesa sebagai tempat tinggal. (mn/ArutzSheva)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts