1,045 rumah penempatan haram baharu dibina di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 2 Apr 2018 — Sebanyak 1,045 unit rumah baharu di bina di beberapa kawasan penempatan haram Yahudi di kota suci Baitulmaqdis.

Minggu lalu, syarikat pembinaan Sarfati Shimon memulakan pembinaan projek baharu di penempatan haram Pisgat Ze’ev, melibatkan 92 unit rumah dalam empat buah bangunan. Sebanyak 300 unit lagi akan dibina berdekatan laluan keluar di utara penempatan tersebut, tidak jauh dari kemudahan pengangkutan keretapi ringan.

Satu lagi projek pembinaan 221 unit rumah sedang dijalankan oleh syarikat Azorim di kawasan penempatan haram Moshe Illit. Projek bernilai RM 7.8juta itu melibatkan kawasan seluas 5.5 hektar dan mengadungi sebuah taman seluas 1.6 hektar.

Sementara itu, syarikat pembinaan Dona telah berjaya menjual 64% daripada 113 unit rumah yang sedang dibina di kawasan penempatan haram Gilo. Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Zionis di Baitulmaqdis telah meluluskan pembinaan 3,000 unit rumah baharu di situ.

Syarikat Euro-Israel sebelum ini melancarkan empat projek penempatan di kota Baitulmaqdis, termasuk pembinaan 146 buah rumah di penempatan haram Pisgat Ze’ev, 122 buah di Har Homa dan 78 lagi di Neve Yaakov.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts