105 mangsa tembakan di perhimpunan GRM masih dalam keadaan kritikal

GAZA, 11 Apr 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa seramai 105 penduduk Gaza yang cedera ditembak oleh tentera Zionis ketika menyertai Parakan Pulang Besar-Besaran (Great Return March – GRM) masih berada dalam keadaan kritikal.

Dalam satu sidang media di Poliklinik al-Shefa, pihak kementerian menyebut seramai 3,078 orang cedera, di mana 105 daripada mereka masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat dalam Unit Rawatan Rapi di beberapa buah hospital Gaza.

Seramai 176 orang ditembak di bahagian atas badan, termasuk 129 orang cedera di bahagian kepala dan leher. Seramai 51 orang lagi ditembak di bahagian dada dan perut. Sementera 1,027 yang lain ditembak di bahagian bawah badan.

Menurut kementerian lagi, seramai 305 kanak-kanak bawah umur 18 tahun dan 78 wanita turut cedera.

Manakala seramai 12 petugas perubatan cedera, di samping empat buah ambulan juga menjadi sasaran serangan.

Seramai 32 penduduk terkorban sejak pelancaran GRM 30 Mac lalu. Perhimpunan akan berterusan sehingga hari ulang tahun Nakba pada 15 Mei.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts