106 rumah baharu akan dibina untuk pendatang Yahudi di Beit Lahm

BEIT LAHM, 20 Ogos 2018 — Rejim Zionis meluluskan projek pembinaan 106 rumah baharu di kawasan penempatan haram Efrat di selatan wilayah Beit Lahm.

Sebelum ini, rejim meluluskan pembinaan sebanyak 40 buah rumah, namun pendatang Yahudi menolak rancangan tersebut dan mendesak pembinaan 106 rumah. Pihak rejim akhirnya tunduk kepada desakan tersebut.

Rumah-rumah tersebut akan dibina di atas tanah kebun milik penduduk Palestin dari perkampungan al-Khader dan Artas, yang masih diusahakan dengan projek-projek pertanian.

Tentera Zionis sudahpun menyebarkan notis arahan merampas tanah di kawasan terbabit.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts