1,061 pelarian Palestin ditahan dalam penjara Syria

LONDON, 7 Mac 2016 (PIC) — Kumpulan Bertindak untuk rakyat Palestin di Syria mendedahkan bahawa pihak keselamatan rejim Bashar masih tidak mendedahkan keadaan atau nasib 1,061 orang pelarian Palestin yang ditahan dalam penjara, di mana ratusan yang lain dilaporkan meninggal dunia akibat disiksa.

Kumpulan tersebut dalam kenyataan mereka semalam menyatakan bahawa usaha untuk mendokumentasi kes seumpama ini adalah amat sukar kerana pihak keselamatan rejim enggan mendedahkan maklumat, di samping keengganan pihak keluarga pelarian yang terbabit untuk berbicara tentang penangkapan anak mereka atas alasan keselamatan.

Sebanyak 186 kes tangkapan telah berlaku di kem-kem pelarian yang berlainan, termasuklah 186 di Aideen, 141 di Yarmouk, 107 di Khan al-Sheikh, 86 di Nayrab, 78 di Raml, 53 di Hamah, dan 410 lagi di beberapa lokasi dan kem yang lain.

Pelarian Palestin juga dilaporkan terdedah kepada pelbagai bentuk siksaan di dalam penjara, sehingga 435 orang daripada mereka telah meninggal dunia akibat siksaan. 77 orang daripada mangsa dapat dikenal pasti oleh ahli keluarga melalui gambar-gambar yang dibocorkan keluar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts