GAZA, 10 Dis 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 11 penduduk tercedera ditembak oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan laut Great Return March (GRM) ke-19 di pantai Beit Lahiya, utara Gaza, tengahari tadi.

Seorang paramedik turut tercedera.

Serangan berlaku ketika ribuan penduduk Gaza berhimpun bagi membantah sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis sejak 12 tahun lalu. Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata bagi menyurai peserta.

Sebanyak 20 buah bot belayar menyertai perhimpunan tersebut.

Lebih 220 penduduk Palestin terkorban dan lebih 22,000 yang lain tercedera diserang tentera Zionsi sejak GRM dilancarkan pada 30 Mac lalu.

(PIC, Maan, IMEMC, MEMO)

SHARE