11 cedera pada hari ke-3 GMR

GAZA, 2 Apr 2018 — Sekurang-kurangnya 11 lagi penduduk Gaza cedera, salah seorang daripada mereka dalam keadaan parah, apabila diserang oleh tentera Zionis pada hari ketiga demonstrasi aman Perarakan Pulang Besar-besaran (Great March of Return – GMR) di Gaza.

Semua mangsa cedera ditembak ketika berdemonstrasi bersama ratusan penduduk di sempadan timur Gaza, di mana salah seorang daripada mereka ditembak di bahagian kepala.

Pada hari pertama GMR Jumaat lalu, seramai 17 orang penduduk Gaza terbunuh manakala lebih 1,400 yang lain cedera ditembak oleh tentera Zionis.

Jawatankuasa penyelarasan GMR melancarkan demonstrasi rakyat selama enam minggu sejak Februari lalu, mendesak hak untuk pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka sebagaimana yang ditetapkan dalam resolusi-resolusi antarabangsa, terutama Resolusi 194.

Perarakan tersebut bertujuan memperingati ulangtahun ke-42 Hari Bumi (Land Day). Pada 30 Mac 1976, enam rakyat Palestin yang tidak bersalah dibunuh secara kejam dan lebih 100 yang lain cedera diserang oleh askar rejim Zionis dalam perarakan di Wilayah Palestin 1948. Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa telah menyertai satu tunjuk perasaan aman membantah keputusan rejim Zionis merampas tanah-tanah rakyat Palestin.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts