11 orang Doktor berjaya memasuki Gaza

bolongGaza – Infopalestin: Jurubicara Perbatasan dan Perlintasan Palestin, Adil Za’rab menegaskan 11 orang doktor Arab, Jumaat (09/01) malam berhasil masuk Jalur Gaza melalui gerbang sempadan Rafah untuk membantu mangsa-mangsa serangan agresif Zionis Israel.Kepada koresponden InfoPalestin, Za’rab mengatakan 9 orang doktor dari Mesir dan dua doktor dari Yaman dan Moroko telah masuk melalui gerbang (Rafah). Mereka memiliki semangat besar untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera di Gaza Palestin. Mereka baru dapat memasuki ke Jalur Gaza setelah menunggu sangat lama untuk mendapatkan izin dari pihak berkuasa Mesir.

Za’rab juga menyebutkan masuknya 3 buah ambulan yang datang dari Jordan dan 14 trak ubat-ubatan. Sementara itu hanya satu orang mangsa yang cedera sahaja yang diizinkan ke luar dari Gaza melintasi persempadanan Rafah untuk mendapatkan rawatan..

Puluhan doktor Arab sudah berhari-hari berusaha untuk masuk ke Jalur Gaza. Namun pihak berkuasa Mesir menghalangi mereka. Meskipun mereka sudah menandatangani perjanjian bahwa masuknya mereka ke Jalur Gaza atas tanggung jawab peribadi mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts