11 penduduk Palestin termasuk ahli PLC diculik

RAMALLAH, 7 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin, termasuk seorang ahli Majlis Legislatif Palestin (PLC), dari beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Ahli PLC, Muhammad Abu Jhesheh, diculik dari wilayah al-Khalil.

Seorang penduduk telah diculik dari Ramallah, iaitu Salah Ibrahim Salah, 28. Manakala dua bekas tahanan diculik dari Jenin, iaitu Ahmad Balal Abu Bakr dan Ahmad Tareq Abu Bakr.

Di wilayah Qalqiliya, utara Tebing Barat, seorang pemuda diculik iaitu Ahmad Saber Radwan, 23. Dua orang lagi diculik dari Nablus, iaitu Muhammad Anis Ashqar, 17, dan Sharaf Jamil Abu Asab, 28.

Empat penduduk diculik dari wilayah Tulkarem, iaitu Alaa Yousef Sharbawi, 35, Muhammad Mahmoud al-Azab, 30, Muntaser Yousef Ode, 30, dan Walid Suleiman Naawla. Walid merupakan ayah kepada Ashraf Naawla, 23, yang merupakan suspek pembunuhan dua orang pendatang Yahudi di kawasan perindustrian Barkan.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts