11 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik

NABLUS, 22 Jan 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak di culik dari Tebing Barat dan al-Quds dalam operasi tentera penjajah Zionis awal pagi tadi.

Tentera menyasarkan penduduk Palestin dari bandar Beit Anan dan Qatna di barat laut al-Quds dan juga bandar Husan dan Beit Fajjr di Beit Lahm.

Di Beit Lahm, bekas tahanan Mahmoud Thawabta diculik dari Beit Fajjar, manakala seorang lagi bekas tahanan Anas Taqatqa diculik dari perkampungan Umm Salamouna. Kenderaan beliau dirampas.

Kanak-kanak Mohamed Abu Yabis, 14, diculik dari rumah keluarganya di perkampungan Husan di barat Beit Lahm.

Manakala seorang kanak-kanak dari Nablus ditangkap berdekatan bandar Jericho. Tentera turut menyerbu bandar Ourata di tenggara Nablus, memecah masuk rumah dan menyoal siasat penduduk.

Empat remaja diculik dari kejiranan al-Tur di timur al-Quds, iaitu Yousef Mohammad Yousef Abu Jom’a, 17, Ashraf Saed Eddin Abu Jom’a, 17, Ahmad Zuheir Abu Sbeih, 18, dan Mahmoud Abdullah Abulhawa, 17.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts