11 penduduk Tebing Barat diculik

BEIT LAHM, 14 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin, termasuk bekas tahanan, dari rumah-rumah mereka di beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Dalam kejadian di Qalqilya, tentera Zionis menahan pemuda Nimer Mahmoud Halaweh dan Muhammad Zaki Majd sebelum dibebaskan semula.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa bahawa mereka menemui sebilangan senjata dalam serbuan di wilayah Beit Lahm.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts