11 rumah Palestin, sebuah masjid di al-Quds akan diroboh

roboh-e1AL-QUDS, 18 Apr 2016 (PIC) — Sebuah mahkamah Zionis hari ini mengeluarkan perintah merobohkan 11 buah rumah penduduk Palestin dan sebuah masjid di al-Quds Timur yang terjajah.

Rumah terbabit merupakan tempat tinggal 50 ahli keluarga Mazara’a dan Jahalin, manakala masjid tersebut terletak di kawasan Jabal al-Baba.

Arahan tersebut bakal memberi laluan kepada perluasan kawasan projek penempatan haram Yahudi E1. Pembinaan E1 akan memisahkan Tebing Barat menjadi wilayah Palestin yang terpisah-pisah dan tidak mungkin lagi dapat ditadbir sebagai sebuah negara berdaulat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts