LONDON, 1 Sep 2016 (PIC) — Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) mengumumkan bahawa seramai 449 pelarian Palestin termasuk wanita dan warga emas telah disiksa hingga mati dalam penjara Syria.

Manakala 1,100 lagi pelarian ditahan dalam penjara tanpa sebarang maklumat tentang keadaan mereka.

Laporan pasukan pemantau AGPS menyebut bahawa bilangan mereka yang ditahan dan disiksa adalah jauh lebih banyak daripada apa yang mereka dapat rekodkan, kerana pihak rejim tidak mendedahkan statistik sebenar dan ahli keluarga mangsa enggan mendedahkan maklumat kerana bimbang diancam oleh pihak rejim.

Ramai pelarian ditahan di sekatan-sekatan tentera rejim yang dibina secara rambang dalam kawasan perkampungan dan bandar. Menurut AGPS, nasib pelarian tidak akan dapat diketahui sebaik sahaja mereka diculik. Dalam beberapa kes, rejim Syria akan mengarahkan keluarga tahanan untuk datang mengambil jenazah mangsa terbabit di hospital.

SHARE