1,100 tahanan Palestin dalam keadaan sesak di penjara Ofer

RAMALLAH, 23 Feb 2016 (PIC) — Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin semalam melaporkan bahawa rejim penjajah Zionis menahan seramai 1,100 orang Palestin dalam keadaan sesak di penjara Ofer di Tebing Barat.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa tahanan yang sakit sengaja dibiarkan tanpa sebarang rawatan oleh pihak pengurusan penjara. Para tahanan juga tidak dibekalkan dengan pakaian sejuk dan selimut.

Puluhan tahanan mendedahkan mereka didera dan dipukul sepanjang proses soal-siasat dan tahanan.

Penjara yang dikawal oleh tentera Zionis itu dibina pada tahun 1988 dan hanya mampu menampung sehingga 800 orang tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts