112 terbunuh, lebih 13,000 cedera sejak bermula GRM

GAZA, 20 Mei 2018 — Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin hari ini mengesahkan seramai 112 penduduk Gaza meninggal dunia ditembak oleh tentera Zionis dan 13,190 yang lain cedera sejak bermula perhimpunan Great Return March (GRM) pada 30 Mac lalu.

Lapan daripada mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak, dan enam jenazah mangsa ditahan oleh rejim Zionis.

Menurut data kementerian, seramai 2,096 kanak-kanak dan 1,029 wanita cedera sejak bermula kempen GRM. Seramai 332 mangsa yang cedera masih berada dalam keadaan kritikal.

Seramai 502 mangsa cedera ditembak di bahagian kepala dan leher, 283 orang di bahagian dada dan belakang, 938 di bahagian atas anggota badan dan 325 lagi di bahagian bawah anggota badan mereka. Pada masa yang sama, seramai 32 orang telah menjalani pemotongan anggota badan.

Selain itu, kementerian turut memaklumkan bahawa seorang petugas perkhidmatan awam telah meninggal dunia dan 37 buah ambulan rosak diserang.

(IMEMC, PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts