1,183 pelarian Palestin dikurung dalam penjara Syria

LONDON, 17 Apr 2017 (PIC) — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (Action Group for Palestinians in Syria – AGPS) hari ini melaporkan seramai 1,183 pelarian Palestin dikurung dalam penjara di Syria.

AGPS bagaimanapun menjangkakan jumlah sebenar tahanan dan mangsa penderaan dalam penjara adalah lebih tinggi kerana pihak rejim tidak mengeluarkan statistik rasmi manakala ahli keluarga mangsa mengambil sikap berdiam diri kerana takut kepada ancaman ejen keselamatan rejim.

Pelarian Palestin biasanya ditahan di sekatan-sekatan dan juga kempen tentera rejim membuat tangkapan di kawasan bandar dan perkampungan. Setelah ditangkap, nasib mereka tidak lagi dapat dikesan. Dalam beberapa kes, pihak rejim menghubungi ahli keluarga untuk menyerahkan jenazah mangsa di hospital.

Menurut laporan PBB, lebih 450,000 pelarian Palestin masih terperangkap dalam wilayah Syria, di mana 95% daripada mereka memerlukan bantuan perubatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts