BAITULMAQDIS, 2 Jan 2019 — Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis melaporkan seramai 39 pendatang dan 67 pelajar dari beberapa institusi keagamaan Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pada masa yang sama, lima pemandu pelancong Yahudi dan lapan pegawai kanan tentera Zionis yang berpakaian preman turut diiring menceroboh masuk.

Menurut Jabatan Wakaf, bilangan penceroboh Yahudi ke atas tapak suci umat Islam itu meningkat 17% pada tahun lalu, berbading dengan tahun 2017.

(PIC, Alray)

SHARE