12 cedera dalam serangan tentera Zionis di al-Khalil

AL-KHALIL, 12 Julai 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 12 orang pemuda Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis di bandar al-Shyoukh di timur al-Khalil petang tadi.

Pertempuran tercetus apabila tentera Zionis menyerang masuk bandar tersebut sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah. Pemuda Palestin bertindak balas dengan membaling batu ke arah kenderaan tentera.

Sekurang-kurangnya dua orang cedera ditembak, manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas.

Semua jalan utama dan laluan masuk ke bandar al-Syhoukh ditutup oleh tentera penjajah sejak tiga hari lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts