12 diculik di Tebing Barat

TEBING BARAT, 1 Mac 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin dalam operasi di beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi, mencetuskan pertempuran sengit.

Dalam kejadian di Nablus, tentrea memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk di bandar Madama secara ganas. Dua pemuda diculik dari kem pelarian Balata di timur laut Nablus setelah pihak tentera menyekat dan memeriksa kereta yang mereka naiki.

Di Qalqiliya, puluhan askar Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah tahanan Yahya Hamza di bandar Azzun. Keluarga beliau disoal siasat dalam keadaan Yahya di bawa ke rumahnya dalam keadaan bergari.

Manakala di Salfit, pertempuran sengit tercetus apabila lebih enam buah kenderaan tentera Zionis menyerbu masuk kota tersebut sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata. Pemuda Palestin bertindak balas dengan membaling batu ke arah tentera.

Di Tulkarem pula, tentera penjajah Zionis memecah masuk beberapa buah pejabat dan sebuah syarikat percetakan serta merosakkan serta merampas peralatan mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts