12 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 16 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin dari Tebing Barat, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti menyerang kepentingan Zionis.

Tentera memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah di Ramallah, Nablus, Salfit dan Qalqiliya.

Di Ramallah, tiga penduduk diculik iaitu Ragheb Muhammad al-Tamimi, Halal Mamdouh Atta, dan Suleiman Salem Qatsh. Manakala dua lagi penduduk diculik dari daerah al-Khalil, iaitu Muhammad Rateb Abu Sbeih and Yousef Ahmad al-Aqer.

Sementara di Baitulmaqdis, lima orang diculik iaitu Muhammad Mamoun Muhsein, 15, Abed al-Rahman Ahmad Abu Riyaleh, 14, Muhannad Muaman Abu Asab, 15, Adnan Marwan Abu Riyaleh, 21, dan Jamil Hisham Nasser, 21.

Di utara Tebing Barat pula, seorang pemuda Adel Sabah diculik dari daerah Nablus dan seorang lagi, Muhammad Eid Dahdoul, diculik dari Salfit.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,450 penduduk Palestin kini dikurung dalam penjara Zionis, termasuk 206 kanak-kanak di mana 32 daripada mereka berumur bawah 16 tahun.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts