12 penduduk Tebing Barat termasuk jurnalis diculik

BEIT LAHM, 11 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin termasuk seorang jurnalis dari beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Seramai tujuh orang ahli sebuah kumpulan persembahan nasyid diculik dari wilayah al-Khalil, termasuk jurnalis sambilan Bilal Tawil. Tentera turut merampas sebuah komputer beliau.

Kenyataan tentera Zionis menyebut mereka ditahan kerana “mengeluarkan filem-filem dan lagu-lagu yang mengadungi unsur hasutan serta menyebarkannya melalui media sosial.”

Dua yang lain diculik dari wilayah Beit Lahm, seorang dari Salfit dan seorang lagi dari bandar Arraba di wilayah Jenin.

Dalam kejadian di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil, rumah milik keluarga Abu Mariya rosak teruk setelah pasukan tentera menggeledah menggunakan unit anjing K9 serta memecah jubin rumah.

Seorang penduduk cedera apabila tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke pintu masuk utama rumah-rumah penduduk untuk memecah masuk.

Menurut dokumentasi PBB, tentera Zionis telah menjalankan 177 operasi di kawasan penduduk Palestin sepanjang tempoh dari 8hb hingga 21 hb Mei lalu, dengan menculik seramai 220 mangsa.

(Maan, IMEMC, PNN, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts