12 tahanan Palestin dijangkiti Covid-19

RAMALLAH, 26 Ogos 2020 — Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin hari ini mengesahkan seramai 12 orang tahanan Palestin di penjara Ofer telah dijangkiti Covid-19.

Semua mangsa adalah sebahagian daripada 160 tahanan yang dikurung dalam Seksyen 21 penjara tersebut. Bagaimanapun semua mangsa kini telah dipisahkan.

Keadaan penjara Ofer yang sesak dan sikap pihak berkuasa yang mengabaikan kesihatan tahanan menyebabkan kebimbangan bahawa bilangan kes sebenar positif Covid-19 akan meningkat.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts