1,200 pendatang Yahudi ceroboh masuk lakukan ritual di tapak bersejarah di Nablus

NABLUS, 10 Okt 2016 (PIC) — Rabbi fanatik memimpin sekitar 1,200 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke kawasan bersejarah di Nablus, yang mereka dakwa sebagai makam Nabi Yusuf, untuk melakukan ritual agama mereka.

Pertempuran tercetus di Jalan al-Hasaba dan kawasan berdekatan kem pelarian Balata, di mana penduduk Palestin yang cuba menghalang pencerobohan ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Pasukan peronda tentera Zionis mengiringi para pendatang yang berkumpul di sekatan Beit Furik di timur Nablus. Mereka turut mengepung kawasan sekitar makam Nabi Yusuf itu dan menghalang laluan penduduk Palestin di Jalan Amman. Sejurus selepas itu 24 buah bas yang diiringi oleh kenderaan tentera membawa masuk para pendatang untuk menjalankan upacara ritual mereka.

Penduduk Paletin mendkwa makam tersebut adalah sebenarnya tempat persemadian seorang ulamak yang bernama Sheikh Yousef Dweikat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts