1289 Penduduk Palestin Cedera Diserang Pendatang Yahudi Dan Tentera

TEBING BARAT, 8 Okt 2015 (Alray) — Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengumumkan hari ini bahawa seramai 1289 orang penduduk Palestin mengalami kecederaan sejak bermulanya gelombang pertempuran dengan tentera Zionis dan pendatang Yahudi.

Kenyataan persatuan tersebut menyebut seramai 76 orang cedera ditembak dengan peluru hidup, 344 ditembak dengan peluru getah dan 849 lagi mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata. Terdapat 20 kes di mana mangsa dipukul dengan ganas.

Pertempuran dengan tentera Zionis masih berterusan di bandar-bandar di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts