13 buah bas dibenarkan melintas pintu sempadan di Rafah

GAZA, 8 Mac 2017 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir petang semalam menutup semula pintu lintasan sempadan di Rafah setelah dibuka sejak awal pagi, selepas bersetuju untuk memberi laluan keluar masuk di sempadan wilayah terkepung itu selama tiga hari mulai Isnin.

Semalam, sebanyak 13 buah bas dan tujuh buah ambulan dibenarkan memasuki wilayah Mesir.

Ribuan penduduk Gaza sangat memerlukan kebenaran pihak Mesir untuk melintas pintu Rafah, satu-satunya pintu sempadan yang bukan dikawal oleh rejim Zionis, atas pelbagai keperluan terutamanya untuk mendapatkan rawatan kritikal dan menyambung pelajaran di luar negara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts