13 cedera, 9 ditangkap dalam pertempuran di Ramallah

RAMALLAH, 28 Mei 2018 — Seramai 13 penduduk Palestin cedera dan sembilan yang lain ditangkap apabila satu pertempuran dengan tentera Zionis tercetus di kem pelarian al-Am’ari berdekatan Ramallah pagi tadi.

Sekitar 30 buah kenderaan tentera Zionis, lengkap dengan buldozer dan jentera penyembur cecair kimia, menyerbu kem tersebut untuk memburu penduduk Palestin yang telah menyebabkan kematian seorang askar Zionis.

Mereka memecah masuk rumah-rumah peduduk dan menempatkan pasukan penembak tepat di atas bumbung rumah penduduk. Pemuda Palestin membantah dengan membaling batu ke arah tentera Zionis.

Malam Sabtu lalu, seorang askar dari pasukan elit Zionis mati setelah cedera dihempap batu konkrit di bahagian kepalanya.

(PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts