1/3 Daripada Tahanan Sejak Lima Hari Lalu Adalah Kanak-Kanak

AL-QUDS, 12 Dis 2017 — Jawatankuasa Keluarga Tahanan di al-Quds melaporkan bahawa satu-per-tiga daripada penduduk al-Quds yang ditahan sejak lima hari lalu adalah kanak-kanak di bawah umur 17 tahun.

Hampir 50 penduduk Palestin ditangkap daalm demonstrasi di al-Quds sejak 6hb Disember lalu. Kanak-kanak terbabit dipukul teruk ketika ditangkap.

Ramai daripada mangsa ditangkap dalam keadaan cedera, samada dipukul atau terkena tembakan. Tahanan terakhir adalah Mousa Kadmani, 19, yang ditangkap Isnin lalu dan dipindahkan ke Hospital Shaare Zedek kerana cedera.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts