13 keluarga Gaza hilang tempat berteduh

GAZA, 26 Mac 2019 — Lebih 70 penduduk Palestin dari 13 keluarga kehilangan tempat berteduh susulan serangan tentera udara penjajah Zionis sejak petang semalam.

Kenyatan Pusat Hak Asasi Palestin (PCHR) menyebut semua mangsa, termasuk 44 kanak-kanak dan 14 wanita, terpaksa bermalam di kawasan terbuka dalam keadaan sejuk.

Tentera udara Zionis melancarkan puluhan serangan udara sejak petang hari Isnin, menyebabkan kerosakan teruk infrastruktur dan kemudahan awam serta mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang penduduk.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts