TUBAS, 13 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini memaksa 13 keluarga Palestin di Khirbet Ebziq, di wilayah Tubas, meninggalkan rumah mereka selama 24 jam untuk memberi laluan kepada latihan tentera.

Khirbet Ebziq, yang terletak lapan kilometer dari kota Tubas, merupakan salah satu perkampungan Badwi yang sering diserang oleh tentera Zionis. Ia meliputi kawasan seluas 800 hektar.

Sekurang-kurangnya 44% daripada kawasan Lembah Jordan, yang keseluruhannya seluas 72,000 hektar, dikuasai oleh rejim Zionis untuk tujuan ketenteraan. Lebih 2,700 hektar dirampas untuk tujuan penempatan haram Yahudi.

(Maan, PIC)

SHARE